Saturday 2 July 2011

Struktur Rokok Elektronik



Struktur rokok elektronik terbahagi kepada 3 bahagian:


1. Bateri  - Pembekal tenaga. 
2. Atomizer - Pemanas
3. Katrij - Penyimpan perasa



Terdapat banyak jenis rokok elektronik di pasaran dan kebanyakannya di kilang di China. Dari saiz sekecil rokok biasa hingga ke sebesar Cuba cigar pon ada. Kebiasaanya saiz kecil mempunyai kapasiti bateri yang kecil dan tidak tahan lama. Baterinya besar boleh tahan selama 2-3 hari. Dari segi ketahanan bateri bergantung kepada penjagaan. Kebiasaan jangka hayat selama 300 kali pengecasan. Cuba bayangkan sekiranya anda pakai bateri kecil yang perlu kerap untuk dicas, jangka hayatnya jadi pendek. Bateri yang besar berkeupayaan seperti 1100mah dapat bertahan selama 2-3 hari untuk sekali cas bermaksud 300 x 2 hari = 600 hari iaitu hampir 2 tahun. Lebih menjimatkan bukan? Tetapi harganya lebih mahal tapi puas memakainya. Ia juga dilengkapi dengan cip elektronik yang boleh di tutup/ dibuka (on/off) dengan menekan 5 kali klik dalam tempoh 2 saat untuk mencegah bateri dari terlalu panas atau terlebih charging dan mengelakan dari tertekan semasa di dalam kocek secara tidak sengaja.



Atomizer juga terdapat banyak jenis dipasaran dan dengan berbagai nama antaranya clearomizer, tankomizer, giantomizer dll. Pemanasan yang sempurna menghasilkan wap (Vapor) yang banyak. Atomizer adalah penyebab utama samada Vapor yang dapat dikeluarkan. Selain air intake design juga memberi peranan.  E-liquid dari VG juga dikatakan penyebab vapor lumayan (e-liquid akan disentuh di lain artikel). Pemilihan atomizer adalah penting dan designnya masih belum benar sempurna 100%. Di Malaysia dan seluruh dunia head 510 adalah yang terbanyak digunakan, banyak eksesori boleh dicari untuk mengayakan mengikut citarasa. Saya cadangkan kalau belilah yang head dia 510.




Katrij pula bergantung kepada jenis rokok. Terdapat banyak jenis katrij dipasaran dan fungsinya untuk menyimpan cecair e-liquid. Apa yang saya lihat sekarang kebanyakkan lebih suka katrij yang tidak menggunakan bahan seperti kapas kerana apabila cecair e-liquid kering  maka akan berbau hangit dan merosakkan selera penghisap rokok elektronik. Untuk keterangan lanjut bolehlah melawat forum-forum rokok elektronik.

1 comment:

  1. If you are just getting started, ijoy genie pd270 kit is definitely the best choice. Besides vgod elite 200w box mod has absolutely amazing flavors, produces lots of vapor, has a great battery, is extremely convenient to use. Shipping is fast and vapesourcing.com customer service is friendly. Nothing bad to say.

    ReplyDelete