Saturday 2 July 2011

Jenis-Jenis Rokok Elektronik

Jenis2  E-rokok yang banyak dipasarkan di Malaysia

Terdapat banyak jenis dan jenama rokok elektronik yang dipasarkan di Malaysia. Ianya disasarkan kepada 3 jenis perokok iaitu perokok biasa, sederhana dan juga heavy smoker (tegar). Kepada perokok tegar (heavy smoker) mereka akan mendapatkan rokok elektronik yang berkeupayaan tinggi dan tahan lama.
 

Untuk pengetahuan anda, komen saya dibawah ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.


A) E-health
 


Komen:

1. Bateri sangat kecil - kurang dari 1jam penggunaan. Kena kerap mengecas.
2. Katrij boleh memuatkan sedikit liquid. 20 puff je dah asap kurang.
3. Selalu terminum e-liquid sebab sentiasa leaking.
4. Harga mahal jugak jika dibandingkan dengan kualiti.
 
5. Asap sedikit sangat kerana atomizer yg kurang power.

Kesimpulan: Buang duit je beli. Gerenti tak puas hati.

B) Joye 510


1. Bateri 180-280mah. Penggunaan setakat 2 jam takde masalah. kalau keluar mengeteh dengan kawan-kawan masih boleh tahan. Tak perlu selalu cas.
2. Katrij jenis tank 1.1ml boleh hisap 150-200 puff. Bagus
3. Tiada leaking, design tank bagus.
4. Asap memang best berkepol-kepol
5. harga berpatutan dengan kualiti

Kesimpulan: Bagus untuk kasual smoker. Digalakkan membeli. Cari yang bateri yang berkuasa 280 mah, baru  puas sikit.

C) Ego-T, EGO, VGO, KGO, T-Rex dll



1. Bateri berkuasa dari 650-1300mah. Tak payah ceritalah setakat 8-10 jam smoking terus tanpa berhenti pon boleh. Biasa smoker 2 hari tahan. Jarang-jarang 2-3 hari sekali. Bateri boleh off/on dengan 5x clik. Bateri elektronik chip untuk mengelakkan overcharged.
2. Katrij boleh puff dalan 200-300 puff. Menjimatkan
3. Tiada leaking, steady tank design. Boleh refil guna semula.
4. Asap memang best berkepol-kepol puas hati.
5. Harga berpatutan untuk heavy smoker.

Kesimpulan: Untuk perokok tegar adalah digalakkan. Bateri memang tahan lama.

Kelebihan kepala (saiz) bateri untuk joye 510 dan Ego/Ego-T sama bersaiz 510. Terdapat banyak eksesori untuk saiz 510 seperti clearomizer, kartomizer. Yang best atomizer boleh tukar2 dan senang nak cari spare part. Di Malaysia saiz 510 paling top markotop hehehe...

1 comment:

  1. I believe ijoy captain rta is one powerful e cigs, that produces more vapor than you'll ever need. On the other hand, it is quite a simple product as well, really easy to use. To sum it up, ijoy captain s works great and lasts for a long time. Definitely our #1 pick electronic cigarette and we vape it all the time.

    ReplyDelete