Sunday 3 July 2011

Nikotin Rokok


Nikotin (atau nikotina) ialah sejenis sebatian organik yang dijumpai secara semulajadi di dalam pokok tembakau (daun tembakau mempunyai kandungan nikotin paling tinggi). Sebanyak 5% daripada berat tembakau ialah nikotin.

Nikotin merupakan racun saraf manjur ( potent nerve poison ) dan digunakan di dalam racun serangga. Pada kepekatan rendah, bahan ini bertindak sebagai peransang dan adalah salah satu sebab utama mengapa merokok digemari dan dijadikan tabiat. Selain tembakau. nikotin juga ditemui di dalam tumbuhan famili Solanaceae termasuk tomato, terung ungu ( eggplant ), ubi kentang, dan lada hijau.


Sifat Kimia




Fomula kimia untuk nikotin ialah C10H14N2

Di dalam sistem IUPAC, namanya ialah 3-(2-(N-methylpyrrolidinyl)) pyridine.

Nikotin ialah bahan larut air dan boleh diekstrak dengan membiarkan hirisan tembakau direndam dalam air selama 12 jam.


Kesan Ke Atas Badan

Nikotin boleh merangsang dan meningkatkan aktiviti metabolisma badan, kewaspadaan/kecergasan dan ingatan. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan. Nikotin juga boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah serta mengurangkan selera makan. Pada dos yang lebih besar, nikotin boleh menyebabkan kemuntahan dan nausea.

Pengguna nikotin juga selalunya terlalu bergantung kepada bahan kimia ini. Pada 16 Mei 1998, Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat, C. Everett Koop mengatakan ketagihan nikotin adalah hampir sama dengan ketagihan heroin dan kokaina, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau. Simptom tarikan yang berlaku termasuk sakit kepala, keresahan dan keteriritasian ( irritability ). Simptom ini mencapai tahap akut dalam 48 hingga 72 jam dan akan berakhir dalam beberapa bulan atau tahun.

Walaupun kandungan nikotin dalam rokok amat sedikit, pengguna masih boleh membentuk dependens fizikal terhadap nikotin. Kandungan nikotin yang diserap badan bergantung kepada beberapa faktor, contohnya jenis jenis tembakau, sedutan asap rokok, dan penggunaan penapis/turas.

1 comment:

  1. If you are just getting started, hugo vapor boxer rader 211w box mod is definitely the best choice. Besides smoant charon ts box mod has absolutely amazing flavors, produces lots of vapor, has a great battery, is extremely convenient to use. Shipping is fast and vapesourcing.com customer service is friendly. Nothing bad to say.

    ReplyDelete