Banyak pro dan kontra dipaparkan di blog dan portal mengenai rokok elektronik (RE). Antara cerita paling menarik yang hendak dikongsikan oleh Inaiputih ialah mengenai relatifnya RE dengan bayi? Apa logiknya?
Ada seorang kawan menceritakan pada Inaiputih mengenai seorang ibu yang gagal menyusukan anaknya dengan susu badan. Pelbagai teknik dan petua telah dipraktikkan namun menemui jalan buntu, bayi itu asyik menangis dan terpaksa diberi susu botol.
Sehinggalah ibu berkenaan didatangi oleh ibunya. Ibunya memeriksa anggota badan anaknya dan telah mengesani bau rokok gudang garam. “Patutlah anak kau menangis, tak mahu susu badan, lain kali suruhlah bapaknya basuh mulut dulu.”
Ha ha ha tergelak Inaiputih dengar cerita ini. Namun mesejnya cukup jelas dan dalam. Sepatutnya ibu tadi beritahu anaknya, “Lain kali suruh suami kau hisap RE. Tak adalah bau busuk.” Bukannya bayi boleh hisap rokok elektronik tetapi kebersihan diri dan menjauhi bau busuk oleh suami adalah penting untuk menjalin hubungan intim.
Tuan puan pembaca, fikirkanlah sejenak. Banyak bezanya antara rokok tembakau dan juga rokok elektronik.
Jumpa lagi.
Dipetik dari http://inaiputih.wordpress.com/2011/02/15/rokok-elektronik-lebih-mesra-bayi/
I believe joyetech atopack penguin se is one powerful e cigs, that produces more vapor than you'll ever need. On the other hand, it is quite a simple product as well, really easy to use. To sum it up, asmodus minikin 2 180w box mod works great and lasts for a long time. Definitely our #1 pick electronic cigarette and we vape it all the time.
ReplyDelete