Friday, 19 August 2011

Ilmu kira-kira - Matematik sekolah rendah


Berapakah perbelanjaan anda membeli rokok sebulan?

Andaikan anda adalah perokok sederhana iaitu sebungkus 20 batang sehari. Heavy smoker mungkin dua kotak senang-senang je. Kita cuba buat kiraan yg mudah yang mana budak sekolah rendah pon pandai :)

Rokok sekarang bukannya murah, Dunhill dah RM10 sekotak, jadi kiraan simple seperti berikutlah:

30 hari x RM10 = RM300 sebulan <----- dah boleh beli jam G-Shock

12 bulan x RM300 = RM3,600 setahun <----- boleh bayar insuran kereta, duit sekolah anak

Pada yang dah hisap rokok 10 tahun,

10 tahun x RM3,600 = RM36,000 <----- Boleh beli kancil sebuah tunai, beli rumah murah

Pada yang dah hisap 20 tahun pulak,

20 tahun x RM3,600 = RM72,000 <----- Mcm2 boleh belanja hahaha...

Jadi begitulah duit yang telah bakar demi kepuasan yang akan merosakkan paru-paru anda. Saya juga menyesal kenapa saya merokok. Mungkin rasa stylo atau cara melepaskan tension. Tapi sedar tak sedar 15 tahun juga dah berasap. Tapi sekarang saya berazam tidak lagi mahu menyentuh rokok, insyaallah. Sudah 2 bulan saya tidak merokok analog.

Saya kini telah beralih ke rokok elektronik dan insyaallah akan beransur-ansur untuk terus berhenti. Saya rasa ini lah pilihan yang terbaik untuk perokok seperti saya untuk meninggal tabiat buruk merokok analog. Kerana rokok elektronik jugak mengeluarkan asap tetapi yang sebenarnya adalah wap air. Bekalan nikotin didalam cecair liquid membekal nikotin yg diperlukan oleh perokok-perokok.. (akan disambung kemudian) hahahaha masa untuk solat.. stay tune!!!



No comments:

Post a Comment